Sunday, 7 October 2012

ARTIFAK, WARISAN & RESIPI TRADISI

SESEKALI ROUND BANDAR MAHARANI MUAR


Tanjung Emas bakal berubah wajah. Kerja-kerja menaiktaraf sedang giat dijalankan.  Sungai Muar akan disediakan perkhidmatan cruis bagi menyusuri sungai ini. Berhampiran jeti terletaknya medan selera yang dikenali menghidangkan mee bandung dan asam pedas muar. 




HERBA DAN BUNGA-BUNGA WARISAN

Kerap dipanggil bunga santalia tetapi nama sebenarnya bunga melati. Hampir semua Keluarga Rakob memiliki bunga ini.

Pokok asam, untuk  campur dalam asam pedas. Emmmm........

Pokok nam-nam. Dulu ada di rumah Man Kaji

Buah nam-nam


Pulasan, buah yang cukup sinonim dengan Keluarga Rakob.
Pokok Singkel atau daun bebuas. Buat sayur tumis atau masak lemak. Boleh cuba.


RESIPI TRADISI
Yang ni pulak,Kendo (Can-Do) yang telah dibuka~ Untuk resipi

Sayur Cendawan Busut



ARTIFAK KELUARGA RAKOB

Pasu ygselalu terletak bawah dapur kayu

Peralatan tukang milik Rakob untukmembuat garisan lurus.


Bahan ini perlu penganalisian .
Sila gunakan buku warisan "Primbon" ada maklumat tersembunyi.








Sate  Goreng

(Resipi masakan popular Keluarga Rakob)


Bahan-bahan ( 10 orang )

    * 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
    * 100 g gula pasir
    * 100 g gula merah
    * 100 g madu, 2 sudu kecil garam
    * Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
    * 3 sudu besar  ketumbar biji - sangar
    * 2 sudu kecil  jintan halus - sangar
    * 1 sudu besar lada sulah biji
    * 6 ulas bawang putih
    * 1/2 jari halia
    * 2 hiris lengkuas
    * 4 batang serai - hiris
    * 1/2 jari kunyit hidup
    * Serai


Cara-cara

   1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
   2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
   3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.
   4. Untuk kuah satay - http:/www.myresipi.com/top/detail/5464

No comments:

Post a Comment

USM (1985 - 1990)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (1985 - 1990)  (Dalam Pembinaan)