Saturday, 6 October 2012

1001 Cerita Hari Keluarga Rakob 2

1001 CERITA HARI KELUARGA RAKOB 2

Anak cucu Rakob Hj Kadir / Maryam / Hjh Sharifah

Kem Modal Insan Sungai Rambai Melaka

Assalamualaikum..wbt.

Omah Anyar Wonten Watte

Alhamdulillah, pada hari Sabtu 23 Disember lalu cuaca amat baik, perancangan seluruh ahli keluarga selama setahun untuk mengadakan Hari Keluarga telah terlaksana dengan jaya malahan meriah sekali. Amat bersyukur dan teruja, apabila dapat bersua  sanak saudara dari jauh dan dekat dalam suasana yang harmoni ini. Hubungan kekeluargaan yang sememangnya erat rasa terharu apabila dapat berkumpul beramai-ramai. Cuaca yang cerah mengiringi kemeriahan Kem Modal Insan di Parit Penghulu Sungai Rambai Melaka telah menyaksikan perhimpunan Hari Keluarga Rakob Kali kedua ini.

Semua peserta HKR2 23-24 Dis 2017



Terima kasih semua AJK yang telah bertungkus lumus merancang,menyediakan bahan dan tentunya memerah minda, tenaga dan masa bagi melaksanakan program keluarga ini. Masing-masing inginkan program ini berjaya menambat hati seluruh keluarga agar perasaan persaudaraan menyentuh jiwa dan sanubari setiap peserta. 

Dila dan Zulhelmi tidak jemu-jemu menyediakan bahan dan cetakan seperti buku program, mug, banner dan sebagainya. Artis bagi melukis semula Omah Anyar juga perlu dipastikan ada. Tidak kurang Zaid, selain mengumpul dana juga membantu Gemi dalam penyediaan bahan. Mohd Yunos pula ditugaskan mengumpul data maklumat keluarga yang terkini dan menjadi bahan utama dalam buku program. Mohd Yusof sebagai tunggak utama menyelesaikan masalah segala bekalan dan keperluan bagi memastikan seluruh program lancar dan berkesan. Tidak kurang Nor dan Jamal memahami keadaan dan sedia membantu segala kesempitan. Alhamdulillah semuanya lancar walaupun telah melalui enam kali mesyuarat bermula di Dewan Manja Lara dan yang keenam di Semenchu.

Pengerusi, Pencetus idea lakaran Omah Anyar
Kepada semua peserta yang dapat hadir juga dikalungkan alu-aluan terima kasih, kerana tanpa kalian HKR2 tidak bermakna. Anda sanggup meninggalkan kampung halaman semata-mata untuk bertemu sanak saudara walaupun terpaksa mengharungi perjalanan yang sibuk, beratus kilometer atau terpaksa meninggalkan program peribadi yang tidak kurang pentingnya.
Sesi pendaftaran peserta

HKR2 telah berjaya dilaksanakan, namun terpaksa melalui onak dan duri. Rancangan asal di PLKN Melaka gagal, apakan daya tiada rezeki. Kami terpaksa mencari premis lain sehingga berjaya menemui Kem Modal Insan ini. Untuk mendapatkan pengesahan peyertaan juga terpaksa melalui seribu dilema, namun akhirnya berjaya mendapatkan persetujuan 203 orang daripada 460 orang dalam Keluarga Rakob. Alhamdulillah rintangan besar ini berjaya kami harungi berkat kesabaran semua ahli. Maka tekad semakin kukuh untuk melaksanakan HKR2  setelah HKR1 dilaksanakan di Pantai Morib hampir sepuluh tahun lalu. HKR2 bertemakan “Mengimbau Sejarah Mendukung Inspirasi” menyusun rancangan.
Persiapan untuk pengenalan keluarga

Santai-santai dulu


Seawal jam 12.00 tengah hari para peserta mula sampai dan petugas pendaftaran mencatat kehadiran di dewan kem. Kira-kira jam 3.00 petang hampir semua peserta telah tiba dengan wajah ceria bertemu kaum keluarga. Bilik penginapan keluarga telah ditetapkan namun dorm lelaki dan perempuan juga disediakan kerana bilik tidak dapat menampung semua ahli keluarga. Nampaknya tidak ada masalah besar soal penginapan ini. Minuman petang telah disediakan. Tidak kurang menu warisan “Jabalkunto” telah didatangkan khas dari Parit Bulat sumbangan keluarga Hj Sakiron. Terima kasih kerana menyediakan kuih warisan yang kerap kami nikmati hasil masakan Ibu/Nyai/Buyut Sal suatu masa dulu. Sungguh teruja.
Teruja menikmati kuih jabalkunto warisan
Ada Jabalkunto lagi
Rehat, makan dulu
Hidangan makan malam

MC  bertugas, Dila, Muhammad dan Zulhelmi

Selepas solat Asar bermulalah program HKR2. Mohamad b, Yusof bertindak selaku MC. Nampaknya MC gen Y ini boleh diharap kemampuan dan persediaan rapinya. Diikuti ucapan ringkas  pengerusi HKR2 Hj Wahid Rakob  mengalu-alukan kehadiran peserta. Setelah bacaan doa kami mulakan dengan program Ikon Keluarga Rakob. Ikon pertama ialah Hj Saleh b Surip sebagai usahawan yang berjaya menghasilkan produk makanan ringan yang utama di negeri Johor. Kini Salleh Food Industries telah berjaya memasarkan produknya ke seluruh negara. malah merentasi Selat Teberau hingga ke Singapura.
Pengerusi dan Ikon Business
Hj Saripan menerima cenderamata bagi pihak Prof Iqbal

Seterusnya Ikon kedua  diundang ialah Prof Dr  Mohd Iqbal Saripan selaku Timbalan Naib Censelor UPM (Akademik dan Antarabangsa) selaku Ikon Akademik. Namun disebabkan masalah kesihatan beliau tidak dapat hadir dan biodata dibacakan oleh Dr Hartini Saripan. Hj Saripan Rakob menerima cenderamata bagi pihak Mohd Iqbal. Cenderamata berupa lukisan rumah asal Keluarga Rakob “Omah Anyar Wonten Watte” hasil coretan asal pengerusi sendiri.

Selepas solat Maghrib secara berjemaah kami teruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil bagi dihadiahkan pahala bacaan kepada leluhur Keluarga Rakob yang telah tiada di bawah pimpinan Hj Sakiron. Alunan qasidah turut berkumandang di surau kem diakhir program.

Aturcara seterus berlangsung di dewan kem. Semua peserta telah mengenakan pakaian anggun baju Melayu lengkap bersampin dan baju  kurung bagi kaum wanita. Semua Nampak ceria dengan pakaian aneka warna memeriahkan suasana. Ada pula kumpulan keluarga berpakaian sedondon yang nampak semakin menarik apabila diterangai cahaya terang spotlight malam itu.

Setelah pengerusi menyampaikan ucapan, bermulalah program yang ditunggu-tunggu iaitu pengenalan ahli keluarga. Susunan dimulakan keluarga Hj Jopri (Keluarga Ruanah) yang merupakan keluarga pertama dalam keluarga Rakob. Salah seorang wakil keluarga akan memperkenalkan ahli keluarga secara bergilir-gilir. Masing-masing menampilkan gaya dan telatah lucu yang menjadikan suasana malam itu meriah sekali. Gelak ketawa ahli keluarga malam itu kadang kala menggamatkan dewan kem. Masa dirasakan begitu singkat sehingga semua keluarga selesai memperkenalkan ahli keluarga. Semua keluarga menerima cenderamata berupa mug, kalendar Keluarga Rakob serta biskut dan pelembut fabric. Sempat juga bergambar ramai malam itu.
Keluarga  Hj Jopri / Azizah,Haniza/Sayuti,Danial/NorMarziana
Keluarga Fatimah / Mohd Nor, Mohd Fazrul/Zarina, NorFazrina/Zainal Faizal/Qamariah, Farid/Tajumahan, Naim/Farahiyah
Keluarga Rahmad@Surip / Samahah, Faiz/Haslinda, Diyana/Razali, Ah Najib/Afiqah
Keluarga Ismail, Khamsah /Alias dan Norsalida/Saiful, Mohd Arif/Norhidayah
Keluarga  Ngesah / Ghazali, Jaleha /Zainol, 

Keluarga Md Zin / Masriah Nadeya/Muadzin
KeluargaHj Sakiron / Hjh Rubiah, Faezah/Amin dan Fadzilah/Zul Helmi serta Fahusnain/Amir Hamzah
Keluarga Hamidah / Salleh dan Norhayati / Ahmad Rafaie
Keluarga Kamsirah, Kamariah / Jamal dan Dura / Azam
Keluarga Salehan / Turipah dan  Suryani / Zaid serta NorHidayah/Anuar
Keluarga Ikhwan / Hendon

Keluarga Saripan dan Haikal/Emilia dan Hartini/Fadzli
Keluarga Wahid / Fauziah dan Azizul/ Norehan
KeluargaYusof/Juriah dan  Ruhaizah/Azfar serta Muhamad/Safikah
Keluarga Yunos / Habibah dan Hafiz/Afiqah
Mohd Yusak @ Ali

Selesai solat Subuh kami menikmati juadah pagi. Jam di tangan menunjukkan hampir jam 8.00. Petugas sukaneka mula mengambil tempat masing-masing dan lokasi utama tertumpu di padang utama. Peserta HKR2 telah berkumpul di padang sambil berbual-bual. Anak-anak berlari keriangan dan mula menngenali antara satu sama lain. MC Jamal telah memecah suara membuat panggilan bagi acara sukaneka. Amat teruja bagi semua peserta akan menyertai apa jua permainan yang dijalankan pagi itu.

Wow drone pun ada
Memulakan permainan ialah tarik upih bagi kanak-kanak. Lucu dan gamat sekali melihatkan laku peserta kerana ada yang tidak pernah mengalami pengalaman ini. Ada kalangan pemain yang tersasar keluar dari upih yang ditarik.  Penonton yang menyaksikan sangat bersemangat terutama ketika memberi sokongan kepada keluarga atau pasukan pilihannya. 
Sedia.... Tarik!!!!!!!!!!!!
Apa benda berat sangat ni

Tinggal upih saja penumpang tertinggal pulak
Tidak kurang lucunya bagi permainan terompah gergasi. Untuk memulakan pergerakan amatlah sukar. Semua pemain terhoyong hayang cuba menggerakkan terompah tapi s
ukar sekali kerana belum dapat keseragaman dalam pasukan. MC Jamal yang memberi ulasan menjadikan suasana semakin gamat dengan gelak ketawa dan jeritan sokongan. Juara tarik upih lelaki ialah pasangan Farihin Mohamad dan Ahmad Fikri daripada pasukan Biru, manakala juara perempuan Syesya dan Farahin dari pasukan Hijau.
Macam naik tikar terbang lah
Apa pasal tak nak gerak ni?
Seksa sangat la ni
Kao tengokaku selambe je



Berpindah ke acara tiup belon. Kanak-kanak di bawah 7 tahun mengambil bahagian. Namun untuk meniup belon bukanlah mudah kerana belon yang dibekalkan jenis tebal. Bagaimanapun tidak kurang belon yang pecah dan mengejutkan peniup dan penonton. 

Belon ni tak pecah-pecah lah
Sabar2 nanti dulu

Nah cepat belon ni dah siap
Ini No 1

Bagaimana dengan acara rebut gula-gula. Kanak-kanak 5 tahun ke bawah sahaja. Setelah tikar dibentang cepat sekali dipenuhi kanak-kanak kecil. Malahan ada ibu-ibu sekalidi atas tikar membawa anak. Setelah bersedia, gula-gula dan pelbagai cokelat dilambakkan di atas tikar, wisel pun ditiup. Apa lagi perebutan yang haru biru berlaku. Riuh rendah dan gamat sekali acara ini. Malang sedikit bagi yang berbadan kecil kerana terpaksa menerima rempuhan. Gula dan cokelat takdapat tapi sakit yang dapat. Apalagi meraunglah mereka kesakitan dan ketakutan. Bagaimanapun petugas bertimbangrasa. Yang melarikan diri juga dihulurkan gula-gula dan cokelat.
Yang ini rebut gula-gula dan cokelat. Alo2 yang ni boleh masuk tak? Ala tidur lagi pulak.

Adoi!!! sapa main tolak-tolak ni sakit tau
Aku nak amik coklat purpule tu banyak2
Acara membawa bola ping pong bawah enam tahun pula dimenangi oleh Nafal (Biru), Syakita (Hijau) dan Fathi (Biru).Nampaknya kali ini pasukan biru yang menghantar kontinjen paling besar banyak menggondol hadiah. Cabaran kepada pasukan lain agar membawa peserta yang lebih ramai pada masa akan datang.
Ingat ye, letak bola ping pong atas sudu
Macam nak jatuh je, pegang jelah bola ni
Dapat juga
Kaum wanita tidak dilupakan. AJK memilih acara anyam ketupat. Siapa banyak dialah pemenang dalam tempoh 5 minit. Daun diletak di tengah-tengah bulatan peserta yang telah siap sedia di atas tikar. Sebaik wisel ditiupkan mulalah aksi pengayam ketupat berebut memilih daun dan melakukan anyaman. Sambil itu mulut tak akan diam dengan pelbagai provokasi dan gelagat. Ada juga pengayam yang tak jadi-jadi menyiapkan ketupat walaupun satu, Panik agaknya ataupun memang tak tahu menganyam,haha... Nampaknya jelas, acara ini dikuasai warga senior. Acara ini dimenangi oleh wakil Temerloh Pn Fatimah Isnin yang berjaya mengumpil tujuh biji ketupat, manakala Faezah naib juara. Tahniah dapat hadiah tuala besar, hadiah serupa je.
Siapa boleh lawan

Apa pasal berbelit ni. biasa ok je.
Tengok sini sat
Sah dan nyata akulah juara
Orang lama pun tetap memberi cabaran

Tidak kurang hebatnya sambutan bagi acara tendangan panelti katogeri bebas. Malang tiang gol disusun daripada kaki kerursi sahaja. Tapi yang penting ialah sambutan dan cubaan. MC Jamal terpaksa mengagih-agihkan kepada banyak peringkat saringan memandangkan sambutan yang di luar jangkaan, mungkin sebab ada hadiah lumayan daripada MC. Banyak tendangan yang tersasar kerana ruang gol yang sangat sempit, namun tidak kurang yang memberikan tendangan cantik saringan demi saringan. Memang ada bakat dan kebolehan rasanya. Akhirnya juara jatuh kepada Fazrul Hisham.
MC Jamal yang lucu menggamatkan suasna

Ada sesiapa nak sepak lagi?
Cuba apa salahnya
Nak lawan ayahlah

Ai, dukung anak pun nak sepak juga?
Yg ini gaya tendangan terbaru. Lain macam je.
Sepak ajelah


Ini rupanya tiang gol tu
Inilah Juara Penendang panelti. Tak sia-sia nampaknya.
Beralih kepada permainan gasing. Kali ini nampaknya permainan dimonopoli oleh golongan senior. Sebelum pertandingan ada sesi cubaan. Ramai juga yang mencuba bakat, malang ramai yang tak boleh pusing,malah ada gasing yang pusing terbalik, alahai. Bakat-bakat lama memang hebat. Pelbagai gaya ditunjukkan gaya pusingan gasing kecil ini. Mungkin kegemilangan zaman lampau masih membara di jiwa. Ternyata bakat terpendam terserlah semula. Jelas juara gasing jatuk kepada Hj Jopri dan Hj Sakiron kedua. Tahniah warga senior.
Permainan gasing dikuasai warga senior

Aku pulak wakil gen Z

Cuba yang besar pulak

Pertama pusing, lepas tu letak atas tapak tangan, faham semua

Gaya memang class, jadi belum tau.
Akhir sekali semua peserta beralih vanue ke lapangan sasar memanah. Sungguh teruja permainan ini, maklumlah ada yang tak pernah pegang busar pun. Sesi penerangan dimulakan diikuti cubaan para peserta. Aduh, macam-macam gaya yang tak pernah ditunjukkan oleh mana-mana pemanah pun ada. Kena target jauh sekali, ke laut. Ada juga yang serius dan membawa set memanah sendiri. Tahniah Nu’man Hakim (anak Nadea Md Zin) kerana semangat yang begitu tinggi. Setelah melalui beberapa kali pusingan, akhirnya juara memanah jatuh kepada Naim (Biru) dan kedua Mohd Izzat (Coklat). Bagi kaum wanita pula pemenang ialah Farahiyah (Biru), Qamariah Othman dan Nor Rehan (Coklat)
Awas pemanah berbisa
Fokus,,, ala salah target pulak
Buat barisan semua

Yang mana satu ni busar terbaik

Yang ini ok kot
Just Posing

Wakil Oren ni

Kelab Penyokong Setia


Jam telah menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Sesi permainan telah berakhir dalam suasana yang hiruk pikuk dan gelak ketawa. Terasa masa teramat singkat . Semua peserta berkumpul di dewan untuk aturcara penutup dan penyampaian hadiah. Semua ahli Keluarga Rakob masih tertunggu-tunggu acara seterusnya. AJK dan petugas telah bersedia dengan senarai pemenang dan hadiah-hadiah yang bakal disampaikan. Separuh pentas dipenuhi hadiah bagai kejuaraan olimpik gayanya. Nama pemain diumumkan satu demi satu dan penyampaian hadiah berjalan lancar. Hadiah masih banyak, rupa-rupanya hampir semua peserta menerima hadiah sebagai ole-ole program HKR kali ini. Menang atau kalah waima tak ambil bahagian sekalipun boleh dapat hadiah. Itulah istimewanya HKR kali ini. Yang penting semua peserta HKR yang hadir seronok dan berlapang dada melalui aturcara yang disusun.

Team Merah sedia memberi cabaran
Pasukan Lelaki Coklat, cukuplah 4 orang je


Elok berbaris nak ke mana?
Mesti menarik tu
Kami ada strategi baik punya
Rugi, sapa tak datang

Cepat, ambik hadiah tu

Sebagai penutup sekali lagi sesi bergambar dijalankan. Kali ini di perkarangan kem. Amat sukar  untuk menyusunatur 200 orang peserta kali ini. Lukman Alhakim sebagai jurugambar rasmi telah melihat dari pelbagai sudut, tapi nampaknya serba tak kena. Akhirnya dibentangkan tikar untuk sebahagian peserta bersila di barisan hadapan. Alhamdulillah, semua boleh masuk. Satu dua snap, Senyum..., gaya bebas.... free style dan macam-macam lagi. Begitulah gelagat ahli keluarga Rakob mengakhiri program, masih ceria, masih bergelak ketawa bagai belum mahu berakhir.
Tahniah Ali

Yeaa

Semuanya OK

Tak sia-sia datang


Di penghujung sesi teringat juga titipan  pesanan Hj Rakob yang diadaptasi ke skrip Keluarga Rakob oleh anakandanya Hj Sakiron dalam bahasa Jawa halus yang membawa maksud mohon doa keselamatan bagi anak cucu serta saling bermaafan antara satu sama lain. Semoga Allah SWT mengampunkan kesalahan serta melanjutkan usia kita serta selamat di dunia dan akhirat.


Matahari telah melewati bumbung kem. Cuaca agak redup tapi masih nampak cahaya mentari menembusi awan. Hari Keluarga Rakob 2 mula melabuhkan tirai. Semua peserta mula mengambil barang masuk kenderaan atau dikumpulkan di meja urusetia. Suasana kian reda tanpa lagu-lagu retro atau suara MC berkumandang. Semua peserta telah bersiap sedia untuk pulang ke destinasi masing-masing. Selepas menikmati makan tengah hari dan solat Zohor satu demi satu kenderaan peserta perlahan-lahan meluncur keluar meninggalkan kem. Berakhirlah HKR2 pada jam 2.00 petang 24 Disember 2017.

Sesungguhnya HKR2 meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan. Suasana dan keriuhan gelak ketawa para peserta akan terpahat di sanubari setiap peserta yang tua mahupun yang muda. Semoga akar umbi Keluarga Rakob terus subur menjalin ikatan persaudaraan dan   ukhwah sepanjang hayat.

            Tuai padi antara masak,
                        Esok jangan layu-layuan;
            Intai kami antara nampak,
                        Esok jangan rindu-rinduan.

            Kalau ada sumur di lading,
                        Boleh kita menumpang mandi;
            Kalau ada umur panjang,
                        Di HKR3 kita berjumpa lagi.



Ini gaya penyampaian orang lama
Style orang muda relax je


Saya bagi pihak AJK HKR2 dan penulis blog mohon maaf banyak-banyak, andainya terdapat episod-episod yang tidak menyenangkan para peserta. Semoga HKR3 akan menyusul dan semestinya dibarisi oleh AJK baru yang lebih kreatif melahirkan idea-idea baru  nanti.

Sekian, Selamat Maju Jaya dari penulis blog. Terima kasih.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment

USM (1985 - 1990)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (1985 - 1990)  (Dalam Pembinaan)