![]() |
Majlis berlangsung di Ipoh pada 14 Sept 2014. Selamat berbahagia kedua pengantin hingga ke Jannah. |
SAMBUTAN EDULFITRI 2014
SELAMAT HARI RAYA DARI KELUARGA HJ SAKORON DI LABIS






Sekitar sambutan hari raya 2014 di rumah Hj Rahmad dan Hjh Saamah Seri Rahmat Puncak Meru dan Perak D.R.



SELAMAT HARI RAYA DARI KELUARGA HJ SAKORON DI LABIS






Sekitar sambutan hari raya 2014 di rumah Hj Rahmad dan Hjh Saamah Seri Rahmat Puncak Meru dan Perak D.R.
![]() |
Keluarga Hj Rahmat dan Hjh Saamah di Puncak Meru Ipoh. |



Khabar dari Jepun
![]() |
Mohd Zaki di Kobe Jepun |
Sambutan Raya Di US
![]() |
Linda di Atlanta US |
Suasana Raya Di Kampung
![]() |
Di rumah Hj Samsudin di Parit Bulat 1 Ogos 2014 |
![]() |
Di rumah Hj Saripan di Parit Bunga Muar |
![]() |
Keluarga Hj Sakiron di Serkam |
![]() |
Di rumah Hjh Hafisah Ayer Hitam |


SAMBUTAN EDUL FITRI DAN KENDURI DOA SELAMAT DI SERKAM
.
MOHD AZLI BIN JAMAL & SITI SAIDAH NAFISAH BINTI OMAR
28 DISEMBER 2013
MAJLIS WALIMATULURUS AZIZUL DAN NORRAIHAN PADA 13/10/13
MAJLIS PERKAHWINAN AHMAD NAJIB RAHMAT DAN AFIQAH SUHIMI
28 DISEMBER 2013
![]() |
Azli dan Saidah |
MAJLIS WALIMATULURUS AZIZUL DAN NORRAIHAN PADA 13/10/13
Ketibaan pengantin |
Malam kenduri candle light |
![]() |
Kumpulan Qasidak KTSD |
![]() |
Ambur-ambur menarik perhatian |
MAJLIS PERKAHWINAN AHMAD NAJIB RAHMAT DAN AFIQAH SUHIMI
PADA 10 MAC DAN 17 MAC 2013
WALIMATULURUS NABILA DAN MOHD ANUAR
24 FEB DAN 9 MAC 2013
Majlis akad nikah telahpun dijalankan pada 23 Feb lagi. Kira-kira jam 3.00 petang rombongan pengantin lelaki dari Parit Keroma telah sampai dengan membawa hantaran cantik penuh bermakna. Majlis akad nikah pun dilakukan dengan sampurna oleh imam nikah yang sedikit kelakar. Ini diikuti majlis menyarung cincin. Semuanya ok seperti yang dirancang.

Sebelah malam pula diadakan kenduri doa selamat. Kaum keluarga terutama Keluarga Rakob telah ramai berkumpul sambil berborak-borak cerita zaman dulu-dulu sampai yang terkini. Tak habis-habis modal nampaknya. Penduduk Kampung Parit Bunga dan sahabat handai juga turut memenuhi ruang rumah dan balai. Kira-kira jam 10.00 malam majlis selesai.
Majlis kemuncak ni pada 24 Mac. Tetamu mula sampai bertali arus mula jam 11.00 pagi. Kemah bertema putih dan purple tersusun indah di halaman rumah dipenuhi tetamu yang datang. Jamuan makan pelbagai pilihan disediakan, siap putu piring dan ice crim pun ada.
Pengantin pun sampai kira-kira jam 2.00ptg. Kumpulan Ghazal Muar mengalunkan lagu pengantin, kompang juga bersahutan, maka mempelai pun sampai. Seperti biasa tol Muar melaksanakan tugas memeriahkan suasana. Tidak kurang juga persembahan silat dua generasi Mohd Fadhli dan Son menceriakan suasana. Majlis selesai dengan jayanya kirakira jam 4.00 petang. (Maaf gambar tak cukup, siapa ada boleh upload dalam fb Keluarga Rakob dulu)
Majlis menyambut menantu di Parit Keroma berlangsung pada 9 Mac. Majlis di sini juga tidak kurang meriahnya. Rupa-rupanya ibu mentua Nabila ni ialah Cikgu Aminah, guru kepada keluarga Rakob Wahid, Yusof, Yunus dan Nor tahun 60an-70an di SMK Seri Menanti dulu. Guru Sejarah yang amat dedikasi. Syukur Alhamdulillah.
WALIMATUL URUS EMA IKHWAN & MOHAMAD NOR JUMAIN
8&9 SEPTEMBER 2012 DI SEMENCU JOHOR.
MAJLIS PERKAHWINAN LILI RAIHAN DAN AHMAD ZULHILMI
PADA 24 DAN 25 OGOS 2012
Dalam suasana sambutan Aidilfitri, warga KTSD turut meraikan
Majlis Walimatul Urus pasangan pengantin di rumah Pengerusi KRT KTSD Tn
Hj. Wahid b. Rakob dan Pn. Hjh Fauziah bt Ali. Kedua-dua mempelai Lili
Raihan bt Hj Wahid dan Ahmad Zulhilmi b. Dr Hj Yusof merupakan pasangan
doktor perubatan lepasan First Moscow State University, Russia.

Majlis dimulakan dengan upaca menyarung cincin oleh ibu pengantin
lelaki. Selepas solat Isyak majlis diteruskan dengan upacara akad nikah.
Imam 1 Masjid Serkam Darat Tn. Hj. Yusof serta Datuk Sidang Ramli serta
pegawai syarak dan adat telah datang bagi menyampurnakan majlis. Bapa
pengantin perempuan, tn. Hj. Wahid telah menikahkan sendiri pasangan ini
dengan disaksikan semua pegawai dan kaum keluarga. Percikan bunga api
dinyalakan menandakan majlis akad nikah telah berjaya dilaksanakan.

Keesokan harinya 25 Ogos majlis bermula majlis dengan pengantin
perempuan memperdengarkan bacaan Quran dalam Majlis Khatam Quran seawal
jam 9.00 pagi. Semua khemah telah berhias cantik dengan tema purple
belacan menjadi pilihan. Jam 11.00 pagi bermulalah majlis resepsi
apabila Tn Hj. Ayub Samsuri membacakan doa selamat. Para tetamu mula
tiba memenuhi ruang dam meja makan bagi 11 buah khemah yang telah
disediakan. Dianggarkan 2000 orang jemputan telah hadir terdiri daripada
warga KTSD, sanak saudara, sahabat handai serta anak didik Tn Hj Wahid
dan Pn Fauziah. Terima kasih atas kesudian kunjungan semua jemputan.
Ketibaan pengantin lelaki jam 12.30 tengah hari
telah disambut oleh paluan kompang diiringi bunga manggar. Persembahan
silat pengantin menambahkan majlis bertambah indah. Tidak ketinggalan
sanak saudara dan warga KTSD mengenakan tol sebagai tebus pelamin bagi
menambahkan keriuhan dan kecerian majlis. Majlis bersanding dan tepung
tawar dijalankan oleh ahli keluarga.
Majlis diteruskan lagi dengan makan beradat.
Namun sebelum itudiadakan upacara ambur-ambur yang memberi peluang
kanak-kanak merebut duit dan cokelat yang diamburkan oleh pasangan
pengantin. Majlismemotong kek dijalankan diikuti majlis Makan Beradat.
Majlis meraikan pengantin berakhir kira-kira jam 3.30 petang. Para
jemputan dan sanak saudara beransur pulang meninggalkan majlis dengan
seribu kenangan. Selepas bersalam-salaman, kedua-dua mempelai juga
meninggalkan majlis untuk aturcara outdoor shooting.
Alhamdulillah, perjalanan majlis lancar dan meriah. Syukur, cuaca juga baik sepanjang majlis berjalan.
Walimatul Urus Lia & Mahadi 26 Dis 2011
Di Felda Palong 13 Negeri Sembilan



No comments:
Post a Comment