Satu hari di penghujung tahun 50an. Ada dua ekor kucing namanya Telon dan kedua Putih.
Pada suatu hari yg panas terang benderang, dalam pukul 2.00 -2.30 petang, angin bertiup nyaman, sedap tidur waktu itu, jadi si kucing pun tidur di bancek. Bulu putihnya yang gebu amat selesa tidur dibancek iaitu titi laluan ke kolam.
Ada seorang budak lingkungan 5 tahun ,belum sekolah, tidak tidur seperti kucing,malah berkeliaran di halaman rumah. Tak pasti perasaan yang melanda mungkin cemburu melihat si kucing nyenyak tidur,lalu diambilnya sebatang kayu lalu dihempuk ke kepala kucing. Apa lagi menggelupurlah si Putih kesakitan lalu pengsan.
Keadaan jadi gempar melihat keadaan ini. Langkah kecemasan lalu ada yang mengambil daun keladi,ditutupkan ke seluruh badan si Putih dan dijirusnya air. Alhamdulillah kucing bangkit perlahan-lahan. Rasanya beransur pulih.
Pengajaran: Awasilah anak anda yang berumur lebih kurang 5 tahun jangan biarkan keluyuran seorang diri.
********
Sila hantar cerita-cerita lain sebagai hiburan dan nostalgia Keluarga Rakob. Gunakanwasap rasmi Keluarga Rakob.
No comments:
Post a Comment