Tuesday, 2 October 2012

SEJARAH KELUARGA RAKOB



Keluarga Rakob berasal dari Kampung Parit Bulat, Muar, Johor, kira-kira 20 km dari Bandar Muar.


Al-kisah suatu masa dulu, pertemuan Rakob @ Rauf @ Yaakob bin Hj. Abdul Kadir (1901-1974) bertemu dengan nenek Mariam Hj. Elias (unknown - 1912), berkongsi hidup dengan tiga orang puteri,Ruanah, Rukamah dan Sukilah (Sulaiman meninggal dunia ketika masih kecil). Keadaan ini mendorong keluarga Rakob berpindah rumah dari ParitLintang ke Parit Bulat dengan cara bertukar tanah dengan penduduktempatan , Satar Hubba (Benggali Muslim di kampung itu). Tanah di ParitLintang dikatakan "keras". 


Lakaran penulis rumah pertama di Parit Bulat

Kemudian atas kematian isteri tercinta bersalin tikarlah dengan Hjh. Sharipah binti Hj. Elias (1920-1997) dan dikurniakan 10 orang anak. Sakiron, Saemah, Kamsirah, Salehan, Ikhwan, Saripan, Wahid, Mohd Yusof, Mohd Yunos dan Mohd Yusak @ Ali. Seorang lagi adik kepada Ikhwan telah meninggal dunia sewaktu kecil. Anak dari isteri pertama semua sudah kembali ke rahmatullah.
Rumah ke-2 yangdidirikan pada tahun 1969

Bermula daripada salasilah inilah, Keluarga Rakob berkembang sehingga kepada lima generasi pada hari ini. Kini Keluarga Rakob telah berhijerah ke seluruh negara malah ada yang berada di US sejak enam tahun yang lalu (Linda). Dirasakan tiada lagi pewaris yang tinggal di kampung asal Parit Bulat.




Makluman:
Blog ini dalam proses pembinaan dan percubaan. Kepada semua pembaca khususnya Keluarga Rakob, sila buat pembetulan sekiranya ada kesilapan fakta atau pendapat bagi penambahbaikan. Boleh gunakan ruangan comment atau message dalam facebook Keluarga Rakob. Terima kasih. Blogger.

1 comment:

USM (1985 - 1990)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (1985 - 1990)  (Dalam Pembinaan)